Powered by google translatorTranslate

 
Informasi Umum

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN

Tarikh Terima : 06/03/2009
 

TALKING POINT Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB, MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN PADA 2 MAC 2009 (SELASA)BERTEMPAT DI PODIUM KBS

1. UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN BULANAN PADA BULAN INI IAITU BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN.

2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TELAH MENERIMA PERUNTUKAN DI BAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBIAYAAN TEMPAT LATIHAN (PTL) DAN LATIHAN SAMBIL BEKERJA (LSB). PEMBIAYAAN TEMPAT LATIHAN MERUPAKAN PROGRAM DI MANA KEMENTERIAN MENAJA BELIA-BELIA UNTUK MENJALANI LATIHAN KEMAHIRAN DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN YANG BERTAULIAH DI BAWAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) UNTUK MENGIKUTI KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SELAMA SETAHUN. DI BAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI INI KEMENTERIAN TELAH MELANTIK 60 PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN YANG AKAN MENYEDIAKAN SEBANYAK 6,200 TEMPAT KEPADA BELIA YANG BERMINAT YANG MELIBATKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM40 JUTA. PROGRAM INI AKAN MEMULAKAN PENGAMBILAN PADA PERTENGAHAN MAC INI DIDALAM PELBAGAI BIDANG SEPERTI PERHOTELAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT, PERKHIDMATAN PERSONEL, PERKHIDMATAN MAKANAN, ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, MEKANIKAL DAN LAIN-LAIN.

3. LATIHAN SAMBIL BEKERJA (LSB) PULA MERUPAKAN PROGRAM BAGI BELIA UNTUK MENDAPATKAN LATIHAN KEMAHIRAN DALAM SUASANA KERJA YANG SEBENAR. BELIA YANG BERMINAT AKAN DITEMPATKAN DI PREMIS PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT YANG TERPILIH UNTUK MENGIKUTI LATIHAN. KEMENTERIAN AKAN MENYEDIAKAN ELAUN SEBANYAK RM300 SEBULAN UNTUK PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM INI MANAKALA MAJIKAN PULA DIBERI RM200 SEBULAN/PELAJAR. PADA TAHUN INI, KEMENTERIAN TELAH MENYEDIAKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM10 JUTA YANG AKAN MELIBATKAN 3,040 PESERTA DI 152 DAERAH DI SELURUH NEGARA. BIDANG YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM INI ADALAH SEPERTI AUTOMOTIF (BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN), ELEKTRIKAL, KEJURUTERAAN AWAM, TEKNOLOGI MAKANAN (KEDAI KEK, RESTORAN) DAN LAIN-LAIN.

4. DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-9, ENAM BUAH IKBN BARU SEDANG DALAM PEMBINAAN DAN DIJANGKA AKAN MEMULAKAN OPERASI PADA JULAI 2010. IKBN TERSEBUT AKAN MENAWARKAN BEBERAPA KURSUS BARU SEPERTI PENYELENGGARAAN PESAWAT DAN PEMASANGAN PAIP GAS DI IKBN PEKAN, PAHANG. BIDANG INDUSTRI PERTANIAN PULA AKAN DITAWARKAN DI IKBN PEDU, KEDAH YANG MELIBATKAN KURSUS PEMPROSESAN MAKANANAN SERTA KURSUS PEMBUNGKUSAN DAN LABEL PRODUK. IKBN KUALA LANGAT, SELANGOR PULA AKAN MENAWARKAN KURSUS HIASAN DALAMAN, REKABENTUK FESYEN PAKAIAN DAN MULTIMEDIA ADVERTISING AND BROADCASTING. KURSUS PERHOTELAN AKAN DITAWARKAN DI IKBN KERTIH, TERENGGANU DAN IKBN BANDAR PENAWAR, JOHOR. IKBN BANDAR PENAWAR JOHOR TURUT MENAWARKAN KURSUS SEPERTI FISIOTERAPI, REFLEKSOLOGI, SPA TERAPI DAN SPORT MASSAGE.

5. PADA PENGAMBILAN SESI 2/2009, IKBN PAGOH, JOHOR DAN IKBN CHEMBONG, NEGERI SEMBILAN AKAN MULA MENAWARKAN KURSUS DI PERINGKT DIPLOMA LANJUTAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (CAD/CAM) DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AUTOMOTIF.

6. HASIL KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DARIPADA 1,518 LEPASAN IKBN, SEBANYAK 66 PERATUS LEPASAN IKBN MENDAPAT KERJA, 14 PERATUS MELANJUTKAN PELAJARAN DIPERINGKAT YANG LEBIH TINGGI DAN 20 PERATUS MASIH BELUM MENDAPAT PEKERJAAN. KAJIAN INI DIBUAT ANTARA 3 HINGGA 6 BULAN SELEPAS PELAJAR TAMAT IKBN PADA TAHUN 2007. MANAKALA KAJIAN SUSULAN YANG DIBUAT PADA BULAN OGOS TAHUN 2008 MENDAPATI 80 PERATUS PELAJAR YANG MENGANGGUR TERSEBUT TELAH MENDAPAT PEKERJAAN. INI BERMAKNA, 82 PERATUS LEPASAN IKBN AKAN MENDAPAT KERJA DALAM TEMPOH DUA TAHUN SELEPAS TAMAT LATIHAN.

7. PERMOHONAN KEMASUKAN KE IKBN BAGI SESI 2/2009 AKAN MULA DIBUKA PADA 15 MAC 2009. IKLAN PENGAMBILAN AKAN DIKELUARKAN DI AKHBAR DAN PEMOHON HENDAKLAH MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE DI LAMAN WEB KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN WWW.KBS.GOV.MY. PADA PENGAMBILAN KALI INI, IKBN AKAN MENYEDIAKAN 4,760 TEMPAT DI 16 BUAH IKBN SELURUH NEGARA. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 19 APRIL 2009.

DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Soalan Lazim

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:

Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

Hakcipta Terpelihara © 2014

Hubungi Kami Hubungi Kami

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000
Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

mygov msc tourism mampu ekl pemudah jkjr hrmis  go live

institut integriti malaysia bahagian pengurusan hartanah JPM MyIdeas e-Pembelajaran Sektor Awam Komuniti Kita KEtua Setiausaha Negara Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Red Oranges Green Purple Pink

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction